31 Oktober 2013 - 20:30
Taliban sembunyi bom dalam laptop

Polis Kandahar berjaya memberkas pengganas Wahabi yang berhasrat meledakkan bahan letupan yang disembunyikannya dalam laptop.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Polis Kandahar memaklumkan kejayaan mereka menangkap seorang pengganas Wahabi yang berhasrat menyerang para pegawai Afghanistan dengan menggunakan bahan letupan tersembunyi dalam sebuah laptop.Berasaskan berita ini, militan Wahabi bernama Rahmatullah yang lebih dikenali sebagai  Roushan pernah memperlajari teknik-teknik serangan bunuh diri dan pengeboman selama 3 bulan di Wazirestan, Pakistan dengan beberapa guru dari negara tersebut dan Arab Saudi.Ketika ditangkap, di dalam laptop pengganas tersebut didapati sarat dengan bahan letupan.Berdasarkan siasatan, pihak polis berkata, pengganas itu mengaku bahawa dia diarahkan oleh salah seorang ketua anggota militan Syura Quetta yang berasal dari Pakistan.Kumpulan pengganas Taliban telah menggunakan berbagai teknik termasuk mengikat bom pada haiwan ternakan seperti kuda dan kaledai untuk menjalankan serangan ganas mereka.